Lawatan Kerja Ketua Pengarah JTM ke ADTEC Batu Pahat


ADTEC Batu Pahat, 4 Oktober 2021
 - ADTEC Batu Pahat telah menerima kunjungan rasmi daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), YBrs. Encik Shakib bin Ahmad Shakir pada 28 September, baru-baru ini. Kunjungan ini merupakan lawatan kerja kali kedua beliau ke ADTEC Batu Pahat. Kali pertama beliau hadir di ADTEC Batu Pahat ialah pada 2 Mac, awal tahun ini ketika beliau baharu sahaja dilantik sebagai Ketua Pengarah JTM.

Ketibaan YBrs. Encik Shakib sekitar jam 10.30 pagi disambut mesra oleh pihak pengurusan tertinggi ADTEC Batu Pahat bersama Ketua-ketua dan wakil Bahagian ADTEC Batu Pahat. Sebaik tiba, beliau dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi pembentangan dan perbincangan bersama pihak pengurusan ADTEC Batu Pahat. Antara perkara yang dibincangkan bersama beliau adalah pencapaian semasa ADTEC Batu Pahat dan persediaan ADTEC Batu Pahat bagi menerima kemasukan semula pelajar-pelajar yang akan memulakan sesi pembelajaran bersemuka secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021, akan datang. 

Selesai perbincangan di Bilik Mesyuarat, beliau kemudiannya dibawa melawat blok asrama pelajar, kuarters kakitangan dan dewan makan pelajar. Sesi lawatan berlangsung selama hampir 2 jam sebelum beliau berangkat pulang selepas makan tengahari.

 

 -- Gambar Sekitar Lawatan Kerja --