Lawatan Kerja Ketua Pengarah JTM ke ADTEC Batu Pahat


ADTEC Batu Pahat, 4 Mac 2021
 - Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), YBrs. Encik Shakib bin Ahmad Shakir telah mengadakan lawatan kerja ke ADTEC Batu Pahat pada 2 Mac, baru-baru ini. ADTEC Batu Pahat menjadi ILJTM yang ke-10 yang dilawati oleh YBrs. Encik Shakib bin Ahmad Shakir di dalam rangka  lawatan kerja beliau tahun ini setelah dilantik menjadi Ketua Pengarah JTM pada 2 Februari yang lalu. Lawatan kerja ini dirangka bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan pentadbiran institusi yang berada dibawah JTM dan pada yang sama menyampaikan amanat dan melawat projek RMK-11 yang sedang berjalan. 

Kehadiran beliau tepat pada jam 10.00 pagi disambut mesra oleh Pengarah dan semua kakitangan ADTEC Batu Pahat yang bertugas pada hari tersebut. Selesai sesi fotografi, beliau diiringi ke Bilik Tamu untuk minuman ringkas sebelum dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi pembentangan dan perbincangan bersama pihak pengurusan ADTEC Batu Pahat. Semasa di Bilik Mesyuarat, beliau telah dijemput untuk merasmikan pelancaran logo baharu ADTEC Batu Pahat. 

Selesai di Bilik Mesyuarat, beliau kemudiannya dibawa melawat ke bengkel-bengkel latihan sebelum meneruskan lawatan ke blok asrama pelajar untuk melihat perkembangan projek RMK-11. Lawatan kemudiannya diakhiri dengan sesi makan tengahari di kafeteria sebelum beliau berangkat pulang pada jam 2.30 petang. 

 

 -- Gambar Sekitar Lawatan Kerja --