Malay Chinese (Simplified) English

LAWATAN KERJA YB Dr. S RAMAKRISHNAN KE ADTEC BATU PAHAT


ADTEC Batu Pahat, 19 Januari 2019 - ADTEC Batu Pahat telah menerima lawatan kerja daripada YB Dr. S Ramakrishnan, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Johor pada 15 Januari, baru-baru ini. Turut serta dalam lawatan kerja ini ialah YB Ir. Khairuddin bin A Rahim iaitu ADUN Senggarang, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI), Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Johor, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, wakil Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, Pengerusi Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan wakil industri setempat.

Kehadiran YB Dr. S Ramakrishnan pada jam 10 pagi disambut mesra oleh pihak pengurusan ADTEC Batu Pahat sebelum beliau dibawa ke Pusat Sumber untuk minum pagi. Selesai minum pagi, beliau dan seluruh delegasi dibawa ke Bilik Seminar Zamrud untuk sesi taklimat, sesi dialog dan penyampaian cenderahati. Lebih kurang pada jam 11.15 pagi, delegasi dibawa pula untuk sesi lawatan ke bengkel-bengkel latihan. Antara bengkel yang dilawati ialah bengkel kimpalan, bengkel pemesinan dan bengkel mekatronik. Lawatan ke bengkel ini berlangsung selama lebih kurang satu jam.

Lawatan kerja kali ini membawa misi salah satu hala tuju modal insan Negeri Johor pada tahun 2019 iaitu untuk menstrukturkan dan mengkoordinasi pembangunan kemahiran oleh agensi dan pusat latihan di Negeri Johor. Selain itu, lawatan ini juga diharap dapat dijadikan sebagai paltform kepada perkongsian dan perbincangan lebih efektif berkaitan pembangunan kemahiran seperti pemadanan bakat dan latihan industri. Melalui lawatan ini juga, kerajaan negeri dapat mengenalpasti situasi dan prestasi kemudahan latihan terutamanya dalam persediaan ke arah Industri 4.0 selain mengukuhkan hubungnan kerjasama 3 hala antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan wakil industri.

 

-- Gambar Sekitar Program --

     

    

Klik Album 1 dan Album 2 untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates