Malay Chinese (Simplified) English

LEBIH 500 WARGA ADTEC BATU PAHAT SERTAI ADTECBP FUN RUN 2018


ADTEC Batu Pahat,  11 Oktober 2018 - Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber ADTEC Batu Pahat, Tn. Hj. Zaidi bin Md. Yusuf, melepaskan lebih 500 peserta termasuk 26 pelajar Kampus Satelit CIAST yang menyertai ADTEC BP Fun Run 2018 di sini, hari ini. 

Program anjuran bersama Jawatankuasa Sukan Pelajar dan Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan (KSKK) ADTEC Batu Pahat, yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu berlangsung di perkarangan tempat letak kereta pelawat, ADTEC Batu Pahat. Program yang julung kali dianjurkan itu sempena sambutan Hari Sukan Negara pada 13 Oktober ini, dimulai dengan senaman regangan badan dan Chicken Dance yang diketuai oleh Encik Hazrul bin Mokhtar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sukan Pelajar, Encik Norhisham bin Mansor, acara larian membabitkan empat kategori, iaitu kategori pelajar lelaki, pelajar perempuan, staf lelaki dan staf perempuan. Peserta perempuan perlu berlari sejauh 5KM manakala peserta lelaki sejauh 8KM. Trek larian bermula daripada ADTEC Batu Pahat dan melalui kawasan kejiranan Taman Evergreen Height dan Taman Bukit Flora sebelum peserta perlu berpatah semula ke ADTEC Batu Pahat.

120 pingat dikalungkan kepada peserta yang berjaya menamatkan larian pada pagi itu, dimana 50 pingat disediakan untuk kategori pelajar lelaki, 30 pingat untuk kategori pelajar perempuan, 20 pingat untuk kategori staf lelaki dan 20 pingat untuk kategori staf perempuan. Dua pelajar daripada bahagian Komputer Rangkaian, saudara Cheo Bin dan saudari Nadia Binti Abdullah, unggul dalam kategori masing-masing apabila berjaya menjadi peserta pertama yang berjaya tiba di pintu masuk utama ADTEC Batu Pahat. Bagi kategori staf pula, Encik Amir Bin Giman dan Puan Siti Nor Lail Binti M.Chudi, menjadi peserta terawal yang berjaya menamatkan larian. 

Upacara penyampaian hadiah kemudiannya diadakan di Dewan Sri INTAN, ADTEC Batu Pahat, dan disampaikan oleh Tn. Hj. Zaidi bin Md. Yusuf. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai ADTECBP Fun Run 2018. Tahniah juga kepada semua ahli jawatankuasa, dikalangan staf dan juga pelajar, yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti kali ini.

 

 -- Gambar Sekitar Aktiviti --

   

   

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates