Malay Chinese (Simplified) English

MAJLIS PERASMIAN & PENUTUP MINGGU SILATURRAHIM SESI 2/2019


ADTEC Batu Pahat,  07 Julai 2019 - Majlis perasmian dan penutupan Minggu Silaturrahim (MSR) Sesi 2/2019 telah berlangsung pada 04 Julai yang lalu di Dewan Sri Nilam, ADTEC Batu Pahat.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah ADTEC Batu Pahat, Tuan Haji Mohd Manoj bin Jumidali. Semasa sesi upacara pemotongan riben sebagai simbolik perasmian dan penutupan MSR dilakukan oleh Tuan Pengarah, beliau diiringi oleh Pengerusi Minggu Silaturrahim, En. Eley bin Mohd Rosli.

Majlis yang bermula pada jam 11 pagi ini dihadiri oleh 143 orang pelajar baru sesi 2/2019 dan fasilitator yang terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar-pelajar senior. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pegawai dan kakitangan ADTEC Batu Pahat. Majlis dimulai dengan bacaan doa, nyanyian lagu, bacaan ikrar pelajar baharu, ucapan wakil pelajar baharu, ucapan Pengerusi MSR, ucapan Pengarah, seterusnya upacara memotong riben sebagai simbolik perasmian Minggu Silaturrahim Sesi 2/2019. Selesai perasmian, majlis diteruskan pula dengan acara penyampaian hadiah, tayangan video pengenalan staf dan video aktiviti MSR sebelum ditutup dengan aktiviti cabutan bertuah. 

Majlis kemudiannya berakhir pada jam 12.30 tengahari.

-- Gambar Sekitar Majlis --

    

   

   

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates