Malay Chinese (Simplified) English

MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN MINGGU SILATURRAHIM SESI 2/2017


ADTEC Batu Pahat,  16 Julai 2017 - Majlis perasmian dan penutupan Minggu Silaturrahim (MSR) Sesi 2/2017 telah diadakan pada 13 Julai yang lalu di Dewan Sri Nilam, ADTEC Batu Pahat.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah ADTEC Batu Pahat, Tuan Haji Mohd Manoj bin Jumidali. Semasa sesi upacara pemotongan riben sebagai simbolik perasmian dan penutupan MSR dilakukan oleh Tuan Pengarah, beliau turut ditemani oleh Pengerusi Minggu Silaturrahim, En. Wan Azizurrahman bin Wan Hassan.

Majlis yang bermula pada jam 11 pagi ini dihadiri oleh 40 orang pelajar baru sesi 2/2017, fasilitator yang terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan juga kakitangan ADTEC Batu Pahat. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pelajar baru dan tayangan video aktiviti sepanjang Minggu Silaturrahim. Majlis kemudiannya berakhir pada jam 12.30 tengahari.

 

-- Gambar Sekitar Majlis --

  

  

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates