Malay Chinese (Simplified) English

MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN ADTEC BATU PAHAT


Batu Pahat, 20 Mei 2018 - Majlis persaraan sempena meraikan Encik Hamidon bin Mokhtar yang akan bersara genap pada usianya 58 tahun telah diadakan di Pusat Sumber, ADTEC Batu Pahat pada 16 Oktober yang lalu. Majlis bermula sebaik sahaja selesai perhimpunan bulanan kakitangan bulan Mei yang diadakan di Bilik Seminar Zamrud iaitu lebih kurang pada jam 11 pagi. Majlis persaraan ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan ADTEC Batu Pahat. 

Encik Hamidon merupakan salah seorang tenaga pengajar di Bahagian Mekatronik. Selama lebih 18 tahun di ADTEC Batu Pahat, beliau juga pernah bertugas di Unit Kawalan Teknikal, Bahagian Elektronik dan Bahagian Oil & Gas. Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat di lain-lain ILJTM. Tempoh perkhidmatan beliau bersama ILJTM telah menjangkau lebih 30 tahun. Dalam tempoh tersebut, beliau telah 3 kali dianugerahkan dengan Anugerah Pingat Cemerlang (APC) atas khidmat cemerlang yang diberikan semasa bertugas. Selain daripada tanggungjawab hakiki sebagai pensyarah, beliau juga pernah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Warden, pelopor penubuhan Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan dan juga salah seorang pelopor penubuhan surau kepada masjid.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau atas segala sumbangan dan kerjasama terbaik yang diberikan sepanjang berkhidmat di ADTEC Batu Pahat. Selamat maju jaya kepada beliau.

 

 -- Gambar Sekitar Majlis -- 

 

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates