Malay Chinese (Simplified) English

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KSKK 2017


ADTEC Batu Pahat,  23 Julai 2017 - Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) ADTEC Batu Pahat telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri pada 19 Julai yang lalu, bersamaan dengan 25 Syawal 1438H. Majlis yang diadakan di Dewan Sri INTAN, ADTEC Batu Pahat ini dihadiri oleh kakitangan ADTEC Batu Pahat bersama ahli keluarga masing-masing. 

Majlis sambutan hari raya ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan KSKK yang diadakan bertujuan untuk mengumpulkan kakitangan ADTEC Batu Pahat agar dapat saling mengenali, beramah mesra seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan keluarga kakitangan.

Majlis bermula setelah selesai solat Isyak, iaitu lebih kurang pada jam 9.00 malam. Selain disajikan dengan pelbagai juadah yang enak, majlis turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti marhaban, pertandingan keluarga sporting, pertandingan pakaian kanak-kanak tercantik, live band, sesi bergambar di photo booth, cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan.

 

-- Gambar Sekitar Majlis --

  

  

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates