Malay Chinese (Simplified) English

PELAJAR BAHARU SESI 1/2019 SERTAI BENGKEL TMS, U-PUSTAKA DAN eSPKM


ADTEC Batu Pahat, 19 Januari 2019 - Seramai 68 pelajar baharu ADTEC Batu Pahat sesi kemasukan 1/2019 terlibat dalam bengkel TMS, U-Pustaka dan eSPKM yang diadakan di Makmal Komputer 3 pada 8 Januari yang lalu. Bengkel separuh hari ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa TMS (Modul Student), Pusat Sumber dan Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL).

Bengkel bermula seawal jam 8.30 pagi dan pelaksanaannya dibuat secara bergilir-gilir mengikut kursus. Setiap kursus diperuntukkan masa selama 1 jam untuk menyelesaikan pendaftaran SKM dan DKM dalam sistem eSPKM, pendaftaran u-Pustaka dan pengemaskinian maklumat pelajar dalam sistem TMS. Pendaftaran eSPKM dikendalikan oleh Puan Bahiyah binti Surip, pendaftaran u-Pustaka pula dikendalikan oleh Encik Norkamarudin Muazam Shah bin Kassim dan Cik Nuraihan binti Ismail, manakala bengkel TMS dikendalikan oleh En. Mohd Hatta bin Awang dengan dibantu oleh Pentadbir TMS, Puan Nurulhafzan binti Abd. Nasir dan Puan Maslinda binti Hadinan.

 

-- Gambar Sekitar Bengkel --

   

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates