Malay Chinese (Simplified) English

PELAJAR BAHARU SESI 1/2020 HADIR BENGKEL TMS DAN U-PUSTAKA


ADTEC Batu Pahat, 12 Mac 2020 - Seramai 88 orang pelajar baharu ADTEC Batu Pahat sesi kemasukan 1/2020 telah menghadiri Bengkel Kemaskini Maklumat Pelajar dalam TMS dan Pendaftaran U-Pustaka yang diadakan di Makmal Komputer 3, semalam. Bengkel separuh hari ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa TMS (Modul Student) dan Pusat Sumber.

Bengkel bermula pada jam 8.30 pagi dan pelaksanaannya dibuat secara bergilir-gilir mengikut kursus. Setiap kursus diperuntukkan masa selama 1 jam untuk para pelajar menyelesaikan pendaftaran u-Pustaka dan mengemaskini maklumat peribadi mereka dalam Training Management System (TMS). Pendaftaran u-Pustaka dikendalikan oleh Encik Norkamarudin Muazam Shah dan Cik Nuraihan, manakala bengkel TMS dikendalikan oleh Ketua Modul Student iaitu En. Mohd Hatta dengan dibantu oleh Pentadbir TMS institut, Pn. Nurulhafzan dan Pn. Maslinda.

Bengkel semalam berakhir pada jam 1.00 petang.

-- Gambar Sekitar Bengkel --

   

Layari Facebook ADTEC Batu Pahat untuk melihat lebih banyak gambar

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates