Malay Chinese (Simplified) English

PELAJAR BAHARU SESI 2/2019 HADIRI BENGKEL TMS DAN U-PUSTAKA


ADTEC Batu Pahat, 6 Ogos 2019 - Seramai 157 orang pelajar baharu ADTEC Batu Pahat sesi kemasukan 2/2019 menghadiri Bengkel TMS dan U-Pustaka yang diadakan di Makmal Komputer 3 semalam. Bengkel sehari ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa TMS (Modul Student) dan Pusat Sumber.

Bengkel bermula seawal jam 8.30 pagi dan pelaksanaannya dibuat secara bergilir-gilir mengikut kursus. Setiap kursus diperuntukkan masa selama 1 jam untuk para pelajar menyelesaikan pendaftaran u-Pustaka dan mengemaskini maklumat peribadi mereka dalam Training Management System (TMS). Pendaftaran u-Pustaka dikendalikan oleh Encik Norkamarudin Muazam Shah dan Cik Nuraihan, manakala bengkel TMS dikendalikan oleh Ketua Modul Student iaitu En. Mohd Hatta dengan dibantu oleh Pentadbir TMS institut, Pn. Nurulhafzan dan Pn. Maslinda.

Bengkel semalam berakhir pada jam 4.00 petang.

-- Gambar Sekitar Bengkel --

    

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat   

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates