PROGRAM KERJASAMA ADTEC BATU PAHAT DAN TOMAKOMAI KOSEN JEPUN

 

ADTEC Batu Pahat, 7 November 2021 - ADTEC Batu Pahat mengorak langkah di peringkat antarabangsa melalui hubungan dengan Tomakomai National Institute of Technology (KOSEN) Jepun. Kerjasama ini melibatkan bidang Advanced Manufacturing di bawah Bahagian Teknologi Pemesinan, Jabatan Mekanikal ADTEC Batu Pahat dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Tomakomai KOSEN. Hubungan kerjasama ini dijalankan selama 5 tahun bermula tahun 2022 hingga 2026 melibatkan program sangkutan pensyarah dan pertukaran pelajar.

Bagi membina hubungan yang lebih mesra dan menjadi titik tolak kerjasama dua hala kedua-dua buah institut pada masa akan datang, satu program mengenai kepelbagaian budaya di Malaysia anjuran Bahagian Pengajian Am ADTEC Batu Pahat telah diadakan secara maya pada 2 November 2021. Program selama 1 jam setengah ini bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. 

Di pihak ADTEC Batu Pahat, program ini disertai oleh Timbalan Pengarah (Latihan) En. Ismail bin Sukeeman, Timbalan Pengarah (Operasi) Pn. Nor Azlina binti Ismail, Ketua Program Malaysian Culture En. Jamil Khair bin Zainol, pensyarah dan kakitangan serta pelajar. Manakala di pihak Tomakomai KOSEN pula, program disertai oleh Prof. Yukinori Kobayashi (Principal), Prof. Hiroto Hirano (Vice Principle), Prof. Sohei Nihashi (Head of Mechanical Engineering Department), Associate Prof. Ayumi Ishikawa (coordinator) serta kakitangan dan pelajar.

Pihak Tomakomai KOSEN amat gembira dengan perkongsian ini dan berharap dapat mengunjungi Malaysia satu hari nanti. Kedua-dua pihak juga berharap lebih banyak lagi program-program kerjasama dapat dijalankan walaupun secara maya.

 

 -- Gambar Program --