Malay Chinese (Simplified) English

PELAJAR SEMESTER 4 DAN 5 SERTAI BENGKEL TRANSFORMASI DIRI ALAM KERJAYA


ADTEC Batu Pahat, 28 Februari 2019 - Seramai 70 pelajar semester 4 dan 120 pelajar semester 5 ADTEC Batu Pahat telah menghadiri Bengkel Transformasi Diri Alam Kerjaya yang berlangsung di Dewan Sri Nilam pada 25 Februari, baru-baru ini. Bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi ini dianjurkan oleh kaunselor ADTEC Batu Pahat dengan kerjasama pihak Management & Science University (MSU). Encik Ridzuan bin Osman dari MSU telah dijemput menyampaikan ceramah seterusnya mengendalikan bengkel pada pagi tersebut.

Menurut penyelaras program, Puan Noor Su'aidah binti Ishak, bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar selain membantu  mempersiapkan mental dan fizikal mereka sebelum mereka menjalani latihan industri dan sebelum mereka melangkah ke alam kerjaya kelak. Dalam bengkel tersebut, pelajar-pelajar diterangkan kaedah penyediaan resume yang betul selain diberi tips-tips berguna ketika menghadiri temuduga. 

Bengkel kemudiannya tamat pada jam 12.30 tengahari.

 

 -- Gambar Sekitar Bengkel --

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates