Malay Chinese (Simplified) English

PELAJAR SEMESTER 5 SERTAI BENGKEL TRANSFORMASI DIRI KE ALAM KERJAYA


ADTEC Batu Pahat, 15 Mac 2017 - Dianggarkan seramai 120 orang pelajar semester 5 ADTEC Batu Pahat menghadiri Bengkel Transformasi Diri ke Alam Kerjaya yang diadakan di Dewan Sri Nilam pada 13 Mac yang lalu. Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan ADTEC Batu Pahat ini mendapat kerjasama daripada pihak Management & Science University (MSU). Bengkel bermula pada jam 10.00 pagi sebaik tamat majlis perhimpunan pelajar bersama Pengarah dan tenaga pengajar ADTEC Batu Pahat. Encik Ridzuan bin Osman dari MSU telah dijemput menyampaikan ceramah seterusnya mengendalikan bengkel pada pagi tersebut.

Menurut penyelaras program, Puan Noor Su'aidah binti Ishak iaitu Kaunselor ADTEC Batu Pahat, bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar selain membantu  mempersiapkan mental dan fizikal mereka sebelum mereka menjalani latihan industri dan sebelum mereka melangkah ke alam kerjaya kelak. Dalam bengkel tersebut, pelajar-pelajar diterangkan kaedah penyediaan resume yang betul selain diberi tips-tips berguna ketika menghadiri temuduga. 

Bengkel kemudiannya tamat pada jam 1.00 tengahari.

 

 -- Gambar Sekitar Bengkel --

  

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates