Malay Chinese (Simplified) English

 

Jabatan Komputer Rangkaian


Latar Belakang:

Jabatan Komputer Rangkaian merupakan salah satu jabatan yang ditubuhkan di ADTEC Batu Pahat. Penubuhan jabatan ini pada bagi memenuhi permintaan yang amat menggalakkan di kalangan lepasan pelajar sekolah yang berminat menyambung pengajian dalam bidang kemahiran. Disamping itu, permintaan yang pesat di pasaran tenaga mahir negara terutama dalam bidang Komputer Rangkaian turut menjadi faktor penubuhan jabatan ini di ADTEC Batu Pahat.

Jabatan Komputer Rangkaian diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh satu orang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Jabatan ini terdiri daripada satu (1) bahagian iaitu Bahagian Komputer Rangkaian. Jabatan ini menawarkan pengajian kemahiran di peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Teknologi (Tahap 4 sahaja).

Kursus Jangka Panjang Yang Ditawarkan

Jabatan Komputer Rangkaian menawarkan kursus seperti berikut :

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer dan Rangkaian

2. Diploma Teknologi Komputer Rangkaian 

 

Jabatan Elektrik & Elektronik


Latar Belakang

Jabatan Elektrik & Elektronik merupakan salah satu jabatan yang ditubuhkan di ADTEC Batu Pahat. Penubuhan jabatan ini pada bagi memenuhi permintaan yang amat menggalakkan di kalangan lepasan pelajar sekolah yang berminat menyambung pengajian dalam bidang kemahiran. Disamping itu, permintaan yang pesat di pasaran tenaga mahir negara terutama dalam bidang Elektrik & Elektronik turut menjadi faktor penubuhan jabatan ini di ADTEC Batu Pahat.

Jabatan Elektrik & Elektronik diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh dua orang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Jabatan ini terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu Bahagian Mekatronik dan Bahagian Elektronik. Jabatan ini menawarkan pengajian kemahiran di peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Teknologi (Tahap 4 sahaja).

Kursus Jangka Panjang Yang Ditawarkan

Jabatan Elektrik & Elektronik menawarkan kursus seperti berikut :

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik

3. Diploma Teknologi Mekatronik

4. Diploma Teknologi Elektronik 

 

Jabatan Kimpalan


Latar Belakang

Jabatan Kimpalan merupakan salah satu jabatan yang ditubuhkan di ADTEC Batu Pahat. Penubuhan jabatan ini pada bagi memenuhi permintaan yang amat menggalakkan di kalangan lepasan pelajar sekolah yang berminat menyambung pengajian dalam bidang kemahiran. Disamping itu, permintaan yang pesat di pasaran tenaga mahir negara terutama dalam bidang Kimpalan turut menjadi faktor penubuhan jabatan ini di ADTEC Batu Pahat.

Jabatan Kimpalan diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh seorang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Jabatan ini terdiri daripada satu (1) bahagian iaitu Bahagian Kimpalan. Jabatan ini menawarkan pengajian kemahiran di peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Teknologi (Tahap 4 sahaja).

Kursus Jangka Panjang Yang Ditawarkan

Jabatan Kimpalan menawarkan kursus seperti berikut :

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan

2. Diploma Teknologi Kimpalan 

 

Jabatan Mekanikal & Pengeluaran


Latar Belakang

Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran merupakan salah satu jabatan yang ditubuhkan di ADTEC Batu Pahat. Penubuhan jabatan ini pada bagi memenuhi permintaan yang amat menggalakkan di kalangan lepasan pelajar sekolah yang berminat menyambung pengajian dalam bidang kemahiran. Disamping itu, permintaan yang pesat di pasaran tenaga mahir negara terutama dalam bidang Mekanikal dan Pengeluaran turut menjadi faktor penubuhan jabatan ini di ADTEC Batu Pahat.

Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh tiga orang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Jabatan ini terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu Bahagian Pembuatan (Pemesinan) dan Bahagian Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal). Jabatan ini menawarkan pengajian kemahiran di peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan, Diploma Teknologi (Tahap 4 sahaja) dan Sijil Teknologi (Tahap 3 sahaja).

Kursus Jangka Panjang Yang Ditawarkan

Jabatan Mekanikal & Pengeluaran menawarkan kursus seperti berikut :

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)

2. Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) 

3. Sijil Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal)

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates