Malay Chinese (Simplified) English

JABATAN PENGURUSAN SUMBER

Terdiri daripada empat (4) bahagian iaitu Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset (BPPA), Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), Bahagian Kawalan Kualiti dan Latihan (BKKL) dan Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM).

Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset (BPPA)

Fungsi

Mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset di ADTEC Batu Pahat merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan).

Objektif

Pada keseluruhannya, BPPA bertanggungjawab menyediakan perancangan pembangunan kemudahan latihan, pembangunan infastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan aset agar program latihan kemahiran yang dijalankan lebih berkualiti, berkesan dan berjaya mencapai objektif penubuhannya.

Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:

1. Pengurusan Aset Kerajaan.

  • Memantau aktiviti Penyelenggaraan Peralatan.
  • Memantau aktiviti Penyelenggaraan Bangunan & Kemudahan Asas.
  • Menyelaras dan Mengurus Perolehan Stok, Inventori & Aset Institut.
  • Mengurus Keselamatan Bangunan & Harta Benda Institut.
  • Mengurus Proses Pelupusan Peralatan.

2. Pengurusan Perolehan Peralatan, Bahan Latihan & Perkhidmatan Institut.

  • Merancang dan mengesyorkan pembelian, pembangunan peralatan dan bahan latihan termasuk kemudahan saintifik dan matematik, pembangunan dan kemudahan konvensional/fizikal, serta keperluan/kemudahan masa depan     
  • Terlibat sebagai Urusetia Jawatankuasa Sebut Harga Institut

3. Membuat Cadangan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf Institut.

4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa. 

Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL)

Objektif

  • Mengurus Hal Ehwal Pelajar dalam mengendali rekod pelajar, menyedia program pembangunan ihsan, mengawal disiplin pelajar, menyedia dan menyelia program ko–kurikulum pelajar, mengendali kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, rawatan, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
  • Menyelaras pengambilan pelajar untuk lapan (8) bidang kemahiran yang mana ia melibatkan menerima dan memproses borang permohonan dan seterusnya membuat surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang berjaya.
  • Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Tindakan Disiplin Pelajar.
  • Menyelaras dan menyelia promosi latihan yang melibatkan iklan, ceramah di sekolah, promosi di radio dan TV, penulisan rencana akhbar dan majalah dan mengambil bahagian dalam pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kerajaan atau pihak swasta.

Bahagian Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS)

Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan adalah merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ADTEC Batu Pahat akan mendapatkan pekerjaan. Unit ini akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan kepada pelajar untuk menetapkan laluan kerjaya mereka.

Objektif

  • Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ADTEC Batu Pahat  dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
  • Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.
  • Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar ILJTM mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.

Fungsi

1. Kaunselor dan Kerjaya

  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling.
  • Menyediakan perkhidmatan pendaftaran pekerjaan (Jobs Malaysia Point).
  • Mengadakan temuduga terbuka.
  • Mengadakan seminar / bengkel pembangunan kerjaya.

2. Kursus Jangka Pendek

  • Menyediakan kursus jangka pendek secara Customised (kursus berbayar & mengikut kehendak pelanggan).
  • Menyediakan kursus jangka pendek secara modular  (kursus berbayar yang ditawar oleh Institut).
  • Menyediakan promosi dan lawatan industri dan individu.
  • Perkhidmatan pendaftaran kekompetenan Suruhanjaya Tenaga.

3. Sistem Latihan Dual Nasional

  • Promosi dan pendaftaran industri.
  • Bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Penempatan perantis SLDN.
  • Menyelaras peperiksaan dan persijilan SKM.

4. Latihan Industri (LI)

  • Menguruskan penempatan pelajar di industri.
  • Penilaian prestasi pelajar LI.
  • Hubungan dengan pihak industri.

5. Alumni

  • Urusetia Persatuan Alumni ADTEC Batu Pahat.
  • Hubungan dengan lepasan pelajar ADTEC Batu Pahat.

Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL)

Objektif

  • Menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan di ADTEC Batu Pahat agar memenuhi dan menepati kurikulum dan syarat-syarat persijilan yang telah ditetapkan.
  • Menyelaras dan menyedia pembangunan bahan latihan / panduan pembelajaran dan pengajar supaya latihan berjalan lancar dan dapat melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan.
  • Merancang dan menyelaras kursus jangka pendek kepada pihak industri.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional di peringkat ADTEC Batu Pahat.
  • Menguruskan persijilan pelajar dan pusat bertauliah dalam melaksanakan Sistem Penilaian Berterusan dan Persijilan Kemahiran Malaysia.
  • Menyelaras aktiviti Business Plan di peringkat Batu Pahat.
  • Menyelaras Jawatankuasa Penasihat peringkat Institut dalam pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.

 

Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM)

Objektif

Merealisasikan objektif-objektif pusat dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan-kemudahan khususnya dalam bahagian komputer dan perpustakaan. Ini termasuklah dalam penyediaan dan pengendalian latihan kepada semua kakitangan dan pelajar ADTEC Batu Pahat dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang Teknologi Maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perubahan teknologi semasa. BPSM terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

  1. Bahagian ICT dan Multimedia
  2. Perpustakaan

Fungsi:

Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:

  • Peminjaman dan pemulangan bahan bacaan
  • Bacaan Penerimaan bahan bacaan dari pembekal dan sumbangan
  • Pengurusan dan perolehan bahan bacaan
  • Kawalan sistem P.A di Dewan Besar & DKU
  • Pengendalian dan Penyelenggaraan Infranstruktur dan Sistem ICT
  • Operasi pemantauan dan penyelenggaraan peralatan ICT pejabat
  • Operasi penyelenggaraan berjadual peralatan ICT pejabat
  • Membangunkan dan mengemaskini website rasmi institut
  • Menyelia email 1govuc, antivirus, tms institut.

 

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates