Malay Chinese (Simplified) English

PENSYARAH ADTEC BATU PAHAT MENANG PINGAT EMAS


Seoul,  6 Jun 2017 - Pasukan pensyarah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat telah berjaya mengharumkan nama Negara apabila mereka telah berjaya memenangi pingat emas dalam 3rd World Invention Innovation Contest (WiC) yang diadakan di Seoul, Korea pada 3 dan 4 Jun yang lalu. Pasukan pensyarah ini terdiri daripada Tuan Haji Abdul Rahim Bin Mohd Tahir, En. Saiful Din Bin Sabdin dan En. Saiful Bahrin Bin Mohd Said. Ketiga-tiganya adalah pensyarah daripada Bahagian Kimpalan.

Dalam pertandingan kali ini, mereka telah mempertaruhkan ciptaan bertajuk Method and Apparatus For Opening a Durian and the Like yang telah berjaya memikat hati juri seterusnya melayakkan mereka menerima pingat emas bagi ciptaan tersebut . Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka dan juga seluruh warga ADTEC Batu Pahat.

 

-- Gambar Sekitar Kejayaan --

  

                    

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates