Malay Chinese (Simplified) English

PROGRAM DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN BUAH PINGGANG DI ADTEC BATU PAHAT


Batu Pahat, 9 Februari 2020 - Tahun ini sekali lagi ADTEC Batu Pahat telah menganjurkan Program Kesedaran Penjagaan Buah Pinggang dan Program Derma Darah pada 4 Februari, baru-baru ini. Program pemeriksaan buah pinggang mendapat kerjasama daripada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai NKF iaitu National Kidney Foundation of Malaysia. Pemeriksaan bermula jam 9.00 pagi di Dewan Seri Nilam. Antara pemeriksaan yang dijalankan ialah ujian air kencing, tekanan darah, gula dalam darah, kolestrol dalam darah, indeks jisim tubuh, ukur lilit pinggang dan juga sesi kaunseling. Pemeriksaan dijalankan secara percuma kecuali pemeriksaan kolestrol dalam darah yang dikenakan caj sebanyak RM5.00. Disamping pemeriksaan, pihak yayasan turut memberikan sedikit taklimat kesihatan buah pinggang kepada yang hadir khususnya kepada para pelajar.

Pada masa yang sama, Program Derma Darah turut berlangsung di Bilik Seminar Zamrud seawal jam 9.00 pagi. Program yang dijalankan saban tahun ini mendapat kerjasama daripada Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. Ramai kakitangan dan juga pelajar telah mengambil peluang untuk menderma bagi membantu pihak hospital menambah bekalan stok darah yang semakin berkurang. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. 

 

 -- Gambar Sekitar Program --  

 

       

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates