Malay Chinese (Simplified) English

PROGRAM DERMA DARAH DI ADTEC BATU PAHAT DAPAT SAMBUTAN


ADTEC Batu Pahat, 8 Ogos 2018 - Seramai 85 orang terdiri daripada warga ADTEC Batu Pahat dan komuniti luar telah menyahut seruan Kempen Derma Darah yang diadakan di Bilik Seminar Zamrud, ADTEC Batu Pahat, semalam. Daripada 85, 6 orang dikategorikan tidak layak untuk menderma disebabkan oleh faktor kesihatan, menjadikan hanya 77 orang penderma yang lulus tapisan dan layak untuk menderma darah mereka. Program yang bermula seawal jam 9.15 pagi ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. 

Program derma darah ini adalah merupakan program tahunan ADTEC Batu Pahat yang diadakan sebanyak dua kali dalam setahun atau sekali dalam setiap satu semester. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu mengatasi masalah kekurangan tabung darah di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma dan juga pihak yang terlibat dalam menjayakan program derma darah kali ini. Program semalam berakhir pada jam 2.30 petang.

 

 -- Gambar Sekitar Program -- 

      

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates