Malay Chinese (Simplified) English

BAHAGIAN KOMPUTER RANGKAIAN

Diploma Teknologi Kejuruteraan ( Komputer & Rangkaian)

Program yang ditawarkan adalah selaras dengan perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dalam rekabentuk sistem kejuruteraan komputer dan rangkaian dalam operasi perniagaan dan telekomunikasi. Program ini juga mendedahkan pelajar kepada kemahiran pendawaian sistem rangkaian, konfigurasi sistem rangkaian dan pengurusan rangkaian. Pengurusan rangkaian adalah merangkumi kerja-kerja mengenalpasti masalah, membaikpulih dan kerja-kerja menyelenggara sistem rangkaian.

Prospek Pekerjaan

Graduan Program Diploma Teknologi Kejuruteraan (Komputer & Rangkaian) ini boleh menceburi kerjaya Pembantu Jurutera Rangkaian atau pekerjaan lain yang berkaitan

Tempoh Latihan

Tempoh pengajian bagi program diploma yang dijalankan adalah selama 6 (enam) semester iaitu bersamaan 3 (tiga) tahun pengajian. Satu semester pengajian       merangkumi 16 minggu latihan. Pelajar layak diberi semester tambahan sebanyak 4 (empat) semester untuk melengkapkan diploma. Pelajar dikenakan yuran pengajian berdasarkan unit kredit yang diambil pada semester tambahan.

 Yuran Pengajian

  • Yuran pengajian : RM 3,000 setahun
  • Yuran asrama : RM 616 setahun

Kelayakan Masuk

SPM atau yang setaraf denganya, dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik dan Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.

Persijilan

ADTEC Batu Pahat melaksanakan latihan berdasarkan Standard Program oleh MQA serta ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu Diploma Teknologi Kejuruteraan (Komputer & Rangkaian) dan  juga Diploma Kemahiran Malaysia.

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.

  • Pengambilan sesi Januari:
  • Pengambilan sesi Julai:
    • Secara Online di laman web Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia http://upu.mohe.gov.my
    • Pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN melalui kaunter BSN, ATM dan juga SMS Banking.

 

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates