Malay Chinese (Simplified) English

BAHAGIAN PEMBUATAN PEMESINAN

Pengenalan  :

Tujuan kursus elektronik ini di perkenalkan ialah untuk menyahut seruan kerajaan selaras dengan perkembangan sektor perindustrian negara iaitu bagi mengeluarkan tenaga mahir khususnya dalam bidang elektronik . Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang teknologi elektronik industri seperti Hidraulik & Pneumatik ,Programmable Logic Controller (PLC) dan sebagainya .

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PEMESINAN)

Program Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan) dirangka untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal pelajar selari dengan peningkatan teknologi yang komprehensif. Sesi pembelajaran merangkumi pelbagai bidang teknikal yang akan memberi peluang yang luas kepada pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Kurikulum juga dirangka dengan teliti bagi melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam mempersiapkan diri sebagai tenaga mahir yang berdaya saing. Selain itu, bagi memenuhi hasrat dalam melahirkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketrampilan, berakhlak mulia dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan, pelajar juga dibekalkan dengan pelbagai nilai tambah yang diterapkan semasa sesi pembelajaran di kelas, makmal/bengkel mahupun di dalam slot-slot ko-kurikulum. Pelajar yang mengikuti kursus ini berpeluang menjalani latihan praktikal dalam bidang pemesinan (konvensional dan CNC), pengaturcaraan computer dan pelbagai proses pembuatan. Di samping menekankan bahawa kursus ini adalah satu bidang yang didominasi oleh latihan praktikal, kursus ini juga bertujuan melatih pelajar supaya dapat berinteraksi dengan teknologi baru. Modul yang dipelajari termasuk Lukisan kejuruteraan, Teknologi Pemesinan, Operasi Larik (Turning Operation), Operasi Kisar (Milling Operation), Operasi Canai (Grinding Operation), Metrologi, Pemesinan CNC, Electrical Discharge Machine (wire-cut), Penyelenggaraan, Rekabentuk (design),  Asas elektrik dan elektronik serta beberapa modul berkaitan pengurusan serta asas keusahawanan.

Dalam menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada para pelajar, jabatan mempunyai pensyarah yang berpengalaman dan kelayakan akademik di dalam bidang berkaitan. Terdapat sebilangan pensyarah yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang industri berkaitan sebelum mereka memasuki ADTEC Batu Pahat sebagai kakitangan akademik.

Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester keenam bagi mendapat pengalaman pekerjaan dalam bidang yang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara teori dan kerja amali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan, persembahan serta tugasan. Pada semester akhir peringkat diploma pelajar perlu menyelesaikan projek secara berkumpulan bagi melatih pelajar supaya lebih kreatif dan inovatif serta dapat berkomunikasi dengan baik di samping mempunyai jati diri dan sahsiah diri yang terpuji. Lulusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan) ini boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah pertama di beberapa university yang menawarkan aliran teknikal seperti gabungan university teknikal, MTUN

Tempoh latihan

  • Bagi kursus jangka masa panjang, tempoh latihan adalah 3 tahun termasuk 6 bulan Latihan Industri.
  • Bagi kursus jangka pendek, tempoh kursus adalah tertakluk kepada kandungan kursus yang dipohon.

Kursus Yang Disediakan

Jangka Panjang

  1. Kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
  2. Kursus Diploma Teknologi Perindustrian Pembuatan (Pemesinan)

Kursus jangka pendek

Selain daripada kursus yang dinyatakan di atas, Bahagian Pembuatan (Pemesinan) juga menawarkan kursus-kursus jangka pendek dan kursus-kursus yang dirangka mengikut keperluan peserta (customized).  Antara kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan adalah:-

  • Engineering Drawing Using AutoCAD
  • Design and Modelling Using Autodesk Inventor
  • Design and Modelling Using Solidwork

 

 

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates