Malay Chinese (Simplified) English

BAHAGIAN PEMBUATAN PERKAKASAN

Pengenalan:

Struktur kursus ini telah direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan merekabentuk, membuat acuan pembentuk untuk mengeluarkan produk mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Kurikulum kursus ini mengandungi asas-asas dan pendedahan kepada pelajar dalam kerja-kerja teknikal dalam pembuatan Acuan Suntikan Plastik (Plastic Injection Mould) dan Alat Tekan (Press Tool/Die) dengan menggunakan perisian computer.

Dalam kursus ini pelajar akan mendalami perkara berkaitan lukisan kejuruteraan, rekabentuk acuan dan pembuatan acuan, penyelenggaraan mesin, penggunaan mesin kisar, mesin larik dan mesin canai samada jenis konvensional atau CNC, penggunaan mesin `EDM Die Sinking’ dan `Wire Cut’ disamping penekanan dalam aspek penyeliaan dan pengurusan.

Pelajar juga diberi latihan dalam penjagaan mesin dan alat pemotong, merancang, menilai, merekabentuk dan menghasilkan `jigs and fixtures’. Pengetahuan dalam teknologi pengeluaran, ergonomic dan PPC, teknologi bahan serta pengurusan dalam pembuatan dan pengeluaran produk juga dititikberatkan.

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus Jangka Panjang:

  • Kursus Diploma Teknologi Perindustrian Pembuatan (Perkakasan) 
  • Kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Perkakasan)

 

 

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates