Malay Chinese (Simplified) English

PROJEK KHIDMAT KOMUNITI DI SEKOLAH RENDAH AGAMA BANANG JAYA BATU PAHAT


Batu Pahat, 27 September 2018 - Seramai 20 orang pelajar semester 5 Komputer Rangkaian ADTEC Batu Pahat telah menjayakakan Projek Khidmat Komuniti di Sekolah Rendah Agama Banang Jaya, Batu Pahat pada 21 dan 22 September, baru-baru ini. Turut serta ialah Puan Shamsiah binti Sarkawi, Ketua Jabatan Komputer Rangkaian, dan Encik Mohd Hanafe bin Hashim, pengajar di Jabatan Komputer Rangkaian. 

Projek 2 hari yang digerakkan oleh pelajar-pelajar ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dirangka untuk memenuhi syarat keperluan kursus yang dipelajari. Menerusi projek ini, pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran untuk menguruskan sesuatu projek sebagaimana yang mereka pelajari di dalam kelas. Selain daripada itu, pelajar-pelajar berpeluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat menerusi projek yang telah dijalankan. 

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya melaksanakan projek yang telah dirancang dengan baik. Semoga aktiviti sebegini dapat dipergiatkan kepada seluruh pelajar ADTEC Batu Pahat pelajar bagi melahirkan warganegara yang prihatin, bertanggungjawab dan berbakti kepada masyarakat dan negara.

 

 -- Gambar Sekitar Program -- 

   

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates