Malay Chinese (Simplified) English

SAMBUTAN RETRO RAYA ADTEC BATU PAHAT MERIAH


ADTEC Batu Pahat, 27 Julai 2017 - Sambutan Hari Raya pelajar peringkat ADTEC Batu Pahat telah diadakan pada 24 Julai yang lalu. Sambutan bertemakan Retro Raya ini bermula seawal jam 10.30 pagi ini bukan sahaja melibatkan pelajar-pelajar ADTEC Batu Pahat malah turut melibatkan pengajar-pengajar dan lain-lain kakitangan ADTEC Batu Pahat. 

Dalam sambutan raya yang diadakan di Dewan Sri INTAN ini, setiap bengkel mempunyai booth tersendiri dan mereka diberi kebebasan untuk menghias booth mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, setiap booth juga perlu menyediakan juadah raya masing-masing. Taniah kepada Bengkel Elektronik yang telah memenangi kategori booth terbaik. Tahniah juga kepada Bengkel Mekatronik yang telah memenangi kategori juadah raya terbaik.

 

-- Gambar Sekitar Majlis --

   

  

 

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates