Malay Chinese (Simplified) English

SEMINAR CYBER SECURITY AWARENESS DI ADTEC BATU PAHAT


Batu Pahat, 29 Oktober 2018 - Seramai 196 orang peserta telah menyertai seminar Cyber Security Awareness yang berlangsung di Dewan Sri Nilam, ADTEC Batu Pahat pada 23 Oktober yang lalu. Peserta terdiri daripada guru dan juruteknik komputer di sekolah-sekolah sekitar Batu Pahat serta kakitangan dan pelajar daripada institusi latihan kemahiran seperti ILJTM, CIAST, KPTM, KKTM, Kolej Komuniti dan GiatMara di sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Seminar separuh hari anjuran ADTEC Batu Pahat ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada peserta tentang ancaman dan jenayah siber masa kini. Seminar ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Cyber Security Malaysia. Dalam seminar ini, penceramah menerangkan jenis-jenis ancaman siber yang kerap terjadi, antaranya yang disebabkan oleh penggunaan media sosial yang amat meluas pada hari ini. Peserta juga didedahkan dengan amalan terbaik yang boleh dipraktikkan oleh peserta untuk mengelakkan ancaman-ancaman tersebut daripada terjadi.

Seminar yang bermula pada jam 8.30 pagi ini dijalankan dalam dua sesi. Dalam sesi yang pertama, topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Current Cyber Threats in Malaysia and Best Practice. Sesi kedua pula bermula pada jam 10.30 pagi, membincangkan topik berkaitan dengan Jenayah Siber. Kedua-dua topik disampaikan oleh Encik Jazannul Azriq bin Aripin, Senior Executive daripada Outreach Department, Cyber Security Malaysia.  

Program kemudiannya berhenti pada jam 12.30 tengahari sebelum diakhiri dengan acara makan tengahari. 

 

 -- Gambar Sekitar Seminar --

   

   

   

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates