Malay Chinese (Simplified) English

SEMINAR INDUSTRIAL SAFETY : TOWARDS ZERO ACCIDENT AND INJURIES 


Batu Pahat, 7 Oktober 2018 - Seramai 220 orang peserta menyertai seminar Industrial Safety : Towards Zero Accident and Injuries yang berlangsung di Dewan Sri Nilam, ADTEC Batu Pahat hari ini. Peserta terdiri daripada staf dan pelajar ADTEC Batu Pahat, UTHM Pagoh, UTHM Parit Raja, Kolej Komuniti Batu Pahat, GiatMara Parit Sulung, GiatMara Gelang Patah, GiatMara Ledang, dan juga pekerja industri. Seminar separuh hari anjuran Jabatan Elektrikal dan Elektronik ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada peserta mengenai amalan keselamatan dan kesihatan yang dipraktikkan dalam industri. Selain itu, peserta juga didedahkan tentang risiko, peraturan dan tatacara yang selamat ketika mengendalikan mesin dan peralatan di tempat kerja. 

Seminar yang bermula pada jam 8.45 pagi ini dijalankan dalam dua sesi. Dalam sesi yang pertama, peserta didedahkan tentang Fire and Explotion. Puan Farizah binti Abdul Manap, yang memegang jawatan sebagai Major Hazard Competent telah dijemput untuk membicarakan topik ini. Dalam ceramahnya, beliau telah menceritakan tentang punca kebakaran dan letupan yang sering berlaku dalam industri minyak dan gas, Beliau juga menerangkan tentang kaedah bagaimana untuk mengelakkan ianya terjadi. Untuk sesi kedua pula, ADTEC Batu Pahat telah menjemput Pengarah Urusan Channel Care Sdn. Bhd., IR. Thayala Rajah a/l Selvadurey, untuk membincangkan topik berkaitan dengan Electrical Safety in Industries. Dalam ceramahnya, beliau telah menerangkan tentang risiko dan amalan yang selamat ketika menggunakan peralatan atau mesin yang menggunakan elektrik untuk beroperasi. Beliau juga dilihat begitu teruja ketika berkongsi tentang pengalaman beliau selama berkecimpung dalam industri yang berkenaan. 

Setelah aktiviti ceramah berhenti pada jam 12.30 tengahari, program kemudiannya diteruskan dengan acara perasmian dan penutupan oleh Pengarah ADTEC Batu Pahat, Tn. Hj. Mohd Manoj bin Jumidali. Selesai aktiviti perasmian dan penutupan, program kemudiannya diteruskan pula dengan penyampaian sijil kepada peserta sebelum diakhiri dengan acara makan tengahari.

 

 -- Gambar Sekitar Seminar --

    

   

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates