Malay Chinese (Simplified) English

SEMINAR KSM 2018 LIBATKAN 252 PELAJAR ADTEC BATU PAHAT


ADTEC Batu Pahat, 17 Ogos 2018 - Seramai 252 pelajar semester 4 dan 5 ADTEC Batu Pahat telah menghadiri Seminar KSM 2018 yang diadakan di Dewan Seri Nilam ADTEC Batu Pahat pada 14 Ogos, baru-baru ini. Program ini merupakan salah satu aktiviti utama Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) bagi Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), Negeri Johor bersama pelajar ADTEC dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi tahun 2018. 

Seminar sehari ini bermula pada jam 8.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Pengarah ADTEC Batu Pahat, Tn. Hj. Mohd Manoj bin Jumidali. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi taklimat daripada beberapa jabatan dan agensi KSM seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Taklimat JTK yang bermula pada jam 9.30 pagi telah disampaikan oleh Puan Nur Hidayah binti Ahmad, pegawai daripada JTK cawangan Batu Pahat. Dalam taklimatnya, beliau menerangkan hak-hak dan tanggungjawab pekerja serta majikan. Taklimat seterusnya ialah pada jam 10.30 pagi, menerangkan tentang penjagaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Taklimat disampaikan oleh Ketua Seksyen Promosi dan Sumber JKKP Johor, Puan Chan Kah Wai. Sesi kemudiannya diteruskan dengan taklimat daripada Puan Siti Rogayah binti Hussin, pegawai eksekutif PERKESO pada jam 11.30 pagi. Beliau menerangkan tentang peranan dan kepentingan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja. Sejurus selesai taklimat PERKESO pada jam 12.30 tengahari, program dihentikan seketika untuk makan tengahari dan solat bagi yang beragama Islam, sebelum ianya disambung semula pada jam 2.00 petang.

Sesi taklimat pada waktu petang dimulai dengan taklimat daripada Puan Samila binti Kadir, Penolong Pengurus Kanan Bayaran Balik PTPK. Beliau menerangkan tentang kemudahan pinjaman dan pembiayaan latihan kemahiran kepada para pelajar. Selesai taklimat daripada beliau, sesi terakhir diteruskan pula dengan taklimat daripada KWSP yang diwakili oleh Puan Noridayu binti Madun, Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan KWSP. Beliau menerangkan tentang kemudahan simpanan, caruman dan perkhidmatan serta faedah yang diperolehi oleh pencarum. 

Selain daripada perkongsian maklumat sepanjang hari tersebut, booth pameran turut dibuka oleh jabatan dan agensi yang terlibat. Terdapat juga booth pameran daripada agensi NIOSH, PSMB dan ILP Tangkak. 

 

-- Gambar Sekitar Program --

   

   

   

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

 

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates