Malay Chinese (Simplified) English

SOALAN LAZIM

Apakah syarat kelayakan minimum untuk memohon kursus-kursus yang ditawarkan oleh ADTEC Batu Pahat?

Syarat-syarat AM adalah seperti berikut: 

  1. Warganegara Malaysia

  2. Berumur 17-35 tahun (semasa memohon)

  3. Sihat tubuh badan & tidak mengalami sebarang kecacatan mental atau fizikal 

Syarat-syarat KHAS program adalah seperti berikut: 

LEPASAN SPM & SETARAF

Syarat Khas Program yang ditawarkan:

  1. LULUS SPM/SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek berikut:

  2. Matematik/ Matematik Tambahan;

  3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia / Subjek yang berkaitan dengan teknikal serta;

  4. LULUS Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah

  5. Mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) KEPUJIAN mana-mana subjek (termasuk subjek no.1 & no.2 seperti diatas)

LEPASAN SKM & SETARAF

  1. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS Bahasa Melayu DAN mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan.

  2. LULUS dalam temuduga yang dijalankan.

 

Apakah kursus-kursus yang ditawarkan di ADTEC Batu Pahat?

ADTEC Batu Pahat menawarkan tempoh pengajian yang SAMA di semua kursus yang ditawarkan.

LEPASAN SPM/SETARAF

 1. Tempoh pengajian selama 3 Tahun

     a. 2 Tahun 6 Bulan (Latihan di ADTEC Batu Pahat)

     b. 6 Bulan (Latihan Industri)

LEPASAN SKM (Tahap 3)

 1. Tempoh pengajian selama 1 Tahun 6 Bulan

     a. 1 Tahun (Latihan di Batu Pahat)

     b. 6 Bulan (Latihan Industri)

 *ADTEC Batu Pahat menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar sehingga di akhir pengajian sebelum menjalani Latihan Industri (LI) dihujung semester.

Berapakah yuran yang dikenakan untuk memasuki ADTEC Batu Pahat?

  • Pengajian di ADTEC Batu Pahat akan dikenakan yuran pengajian dan yuran asrama berjumlah lebih kurang RM3700.00 setahun.

  • Manakala makan/minum disediakan secara PERCUMA kepada semua pelajar. Pinjaman akan didaftarkan dibawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dibawah pentadbiran Kementerian Sumber Manusia (KSM).

  • Mulai tahun 2014, pihak PTPK bersetuju untuk menambah Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar dari RM 300 sebulan ke RM 400 sebulan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Pihak ADTEC Batu Pahat akan membantu urusan pemohonan pinjaman tersebut sebaik sahaja para pelajar mendaftar di ADTEC Batu Pahat.

 

Bagaimana permohonan kemasukan ke ADTEC Batu Pahat boleh dibuat?

  • Sesi kemasukan ke ADTEC Batu Pahat dijalankan 2x setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Pemohonan boleh dibuat melalui UPU online iaitu www.upu.mohe.gov.my atau melalui laman web Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu www.jtm.gov.my.

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online. Iklan kemasukan boleh dirujuk di dalam akhbar-akhbar utama.

  • Pemohon juga boleh menghubungi pihak ADTEC Batu Pahat melalui Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) untuk maklumat lanjut di talian 07-428 7733 sambungan 6949/5311.

 

Apakah pengiktirafan yang telah ADTEC Batu Pahat perolehi?

  1. Telah diiktiraf oleh Malaysia Qualification Agency (MQA) untuk program Diploma Teknologi Kejuruteraan

  2. Telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

  3. Menjalankan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Pelaksanaan Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal

  4. Memperolehi pengiktirafan Malaysia Productivity Corporation (MPC) bagi Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S

 

Bagaimanakah peluang keboleh pekerjaan di ADTEC Batu Pahat?

  • Peluang pekerjaan bagi graduan ADTEC Batu Pahat terbuka luas samada didalam sektor awam ataupun swasta kerana bakal graduan yang dilahirkan adalah yang berdaya saing dan berkemahiran.

 

Bagaimanakah peluang graduan ADTEC Batu Pahat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah?

  • Pengajian di ADTEC Batu Pahat bagi Kursus Teknologi Kejuruteraan telah mendapat akreditasi penuh oleh MQA, maka dengan itu, graduan ADTEC Batu Pahat adalah LAYAK untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti tempatan mahupun diluar negara dengan pengecualian kredit bagi subjek-subek tertentu

Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates