Malay Chinese (Simplified) English

SOLIDWORKS SKILLS COMPETITION 2019 (SOUTHERN REGION)


ADTEC Batu Pahat, 25 September 2019 - Seramai 9 orang pelajar kursus Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) telah menyertai pertandingan SolidWorks Skills Competition 2019 (Southern Region) yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor pada 22 September, baru-baru ini. Pertandingan ini melibatkan seramai 120 orang peserta daripada Institut Pengajian Tinggi dan Institut Latihan Kemahiran bagi Wilayah Selatan seperti UTEM, UTM, UTHM, Politeknik, IKTBN, MARA, ILP, ADTEC dan lain-lain. 

Salah seorang peserta ADTEC Batu Pahat iaitu saudara Muhammad Elyassa bin Tuhairi, pelajar semester 3 Bahagian Pemesinan berjaya mencuri tumpuan apabila tersenarai sebagai 10 peserta terbaik pertandingan. Kejayaan ini melayakkan beliau untuk menerima hadiah saguhati berupa baucer SolidWorks Advanced Training bernilai RM3,200.00, baucer SolidWorks Professional Certificate Exam bernilai RM1,800.00 serta sijil penghargaan. Tahniah diucapkan kepada beliau dan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

 

 -- Gambar Pertandingan -- 

      

KLIK untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates