Malay Chinese (Simplified) English

TAKLIMAT PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT BERASASKAN KRITERIA KECEMERLANGAN (KC) BAGI SKIM PERKHIDMATAN PPLV DAN PLV PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN


Batu Pahat, 07 Jun 2018 - Dianggarkan seramai 50 orang kakitangan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) dan Pegawai Latihan Vokasional (PLV) Perkhidmatan Gunasama Persukutuan telah hadir dalam Taklimat Pelaksanaan Kenaikan Pangkat berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC) yang diadakan di ADTEC Batu Pahat pada 5 Jun 2018. 

Taklimat separuh hari yang bermula pada jam 9 pagi ini, bukan sahaja dihadiri oleh kakitangan ADTEC Batu Pahat malah turut dihadiri oleh PPLV dan PLV daripada lain-lain agensi kerajaan sekitar Johor. Antara yang hadir adalah PPLV/PLV daripada Penjara Kluang, Penjara Simpang Renggam dan CSC ADTEC Batu Pahat.

Taklimat di ADTEC Batu Pahat ini merupakan sebahagian daripada Roadshow yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk memberi penerangan lebih terperinci berkaitan dengan pelaksanaan kenaikan pangkat berasaskan KC kepada semua PPLV dan PLV. Menurut En. Kamaludin bin Tomiran, ADTEC Batu Pahat merupakan destinasi pertama taklimat KC diadakan setelah surat kelulusan Cadangan Kenaikan Pangkat Berasaskan Kriteria Kecemerlangan bertarikh 31 Mei 2018 diterima daripada pihak JPA. Menurut beliau lagi, Kenaikan Pangkat Berasaskan Kriteria Kecemerlangan ini berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018 dan pihak JPK telah dilantik sebagai Urusetia bagi Jawatankuasa Penilaian Kecemerlangan. En. Kamaludin bin Tomiran adalah merupakan pegawai daripada JPK Putrajaya yang memberi penerangan dalam taklimat tersebut.

Taklimat kemudiannya berakhir sekitar jam 12 tengahari.

 

-- Gambar Sekitar Taklimat --

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates