Malay Chinese (Simplified) English

WARGA ADTEC BATU PAHAT SERTAI PROGRAM JOM SIHAT 2019


Batu Pahat, 27 Januari 2019 - Seiring dengan kempen untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya menjaga kesihatan, ADTEC Batu Pahat telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Jom Sihat buat warga ADTEC Batu Pahat, baru-baru ini. Program ini mendapat kerjasama daripada Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai NKF iaitu National Kidney Foundation of Malaysia. NKF merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang bukan bermotifkan keuntungan dan ditubuhkan bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang tidak mempunyai capaian atau kurang berkemampuan. 

Program dimulai dengan acara senamrobik di Dewan Sri Intan yang dikendalikan oleh jurulatih profesional daripada MRV Studio Batu Pahat. Senamrobik yang berlangsung selama 1 jam ini melibatkan semua kakitangan dan pelajar ADTEC Batu Pahat. Selesai acara senamrobik, program disambung pula dengan taklimat dan pemeriksaan kesihatan daripada NKF di Dewan Sri Nilam. Warga ADTEC Batu Pahat yang berminat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dikehendaki mengisi borang pendaftaran. Antara jenis pemeriksaan yang dijalankan seperti ujian air kencing, tekanan darah, gula dalam darah, kolestrol dalam darah, indeks jisim tubuh, ukur lilit pinggang dan juga sesi kaunseling. Pemeriksaan dijalankan secara percuma kecuali pemeriksaan kolestrol dalam darah yang dikenakan caj sebanyak RM5.00. Serentak dengan itu, program derma darah turut berlangsung di Bilik Seminar Zamrud. Sehingga jam 2 petang, seramai 56 orang penderma dilaporkan telah menderma darah. 

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program semalam.

 

 -- Gambar Sekitar Program --  

   

Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates