Malay Chinese (Simplified) English

WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) ILJTM BIDANG KIMPALAN (PRA-KELAYAKAN)


ADTEC Batu Pahat, 30 April 2019 - Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) ILJTM peringkat Pra-Kelayakan Bidang Kimpalan telah berlangsung di ADTEC Batu Pahat pada 22 hingga 25 April, baru-baru ini. Pertandingan kali ini disertai oleh 26 orang peserta daripada 13 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di seluruh negara. Dua orang pelajar ADTEC Batu Pahat juga telah turut serta iaitu saudara Omar Abdullah dan saudara Mohamad Husaini Mohd Niza daripada Bahagian Teknologi Kimpalan.   

Hari pertama pertandingan dimulai dengan sesi pengundian bay dan pengujian mesin. Pertandingan sebenar bermula pada hari kedua yang melibatkan Sidang 1 (pagi) dan Sidang 2 (petang), manakala pada hari ketiga melibatkan Sidang 3 (pagi) dan Sidang 4 (petang). Sidang pagi bermula jam 9.00 pagi manakala sidang petang bermula jam 2.00 petang. Setiap sidang melibatkan 6 atau 7 orang peserta. 

Pada hari terakhir WSMB di ADTEC Batu Pahat telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Pengarah ADTEC Batu Pahat, Tuan Haji Mohd Manoj bin Jumidali. Peserta daripada Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak, saudara Muhammad Aminudin bin Abd Rahim telah diumumkan sebagai Johan pertandingan. Johan membawa pulang sijil penghargaan dan hadiah wang tunai sebanyak RM300.00. Naib Johan pula ialah saudara Imran Hanif bin Hamdan daripada ILP Bukit Katil manakala tempat ketiga jatuh kepada peserta daripada ILP Kuantan, iaitu saudara Muhammad Khairi bin Salehudin. Naib Johan dan tempat ketiga, masing-masing menerima sijil penghargaan dan hadiah kemenangan bernilai RM200.00 dan RM100.00. 

Tahniah kepada semua peserta khususnya kepada tiga peserta terbaik yang akan mewakili ILJTM ke pertandingan WSMB Bidang Kimpalan peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober nanti. 

 

 -- Gambar Sepanjang WSMB -- 

      

Klik G1, G2, G3 dan G4 untuk melihat lebih banyak gambar di Facebook rasmi ADTEC Batu Pahat

0
0
0
s2smodern
powered by social2s
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates