msarenja

92% Pelajar Turun Mengundi Majlis Perwakilan Pelajar


ADTEC Batu Pahat, 31 Mac 2021
 -
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC Batu Pahat bagi tahun 2021 telah berlangsung di Makmal Komputer 3 ADTEC Batu Pahat pada 29 Mac, baru-baru ini. Proses pengundian dijalankan sepenuhnya secara atas talian bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Lebih 92% daripada 377 orang pelajar yang sedang menjalani latihan di ADTEC Batu Pahat telah menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih lima calon berkelayakan untuk menerajui barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar yang baharu.

Tahniah kepada calon-calon yang telah mendapat kepercayaan sebagai wakil pelajar. Semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat digalas dengan baik dan penuh dedikasi. Tahniah juga kepada semua pelajar yang telah turun mengundi.

 

 -- Gambar Semasa Pengundian --