msarenja

ADTEC Batu Pahat Menang 1 Emas, 4 Perak dan 1 Gangsa


ADTEC Batu Pahat, 24 September 2021
 - ADTEC Batu Pahat berjaya memenangi 1 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi (Innovation Development Through Educational Activities - iDEA) tahun 2021 anjuran Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Keputusan rasmi telah diumumkan semalam semasa Majlis Penutup Anugerah Pemenang Pertandingan iDEA 2021 yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato'Seri Ahmad Faizal bin Dato'Azumu. 

Pertandingan inovasi ini berlangsung secara atas talian pada 1 Mei hingga 23 September 2021 dengan tema “Innovation Technology Towards Sustainable Economy”. Pertandingan ini diadakan bertujuan menyediakan platform untuk memupuk dan meningkatkan budaya pemikiran kreatif dan inovatif pelajar bagi menghasilkan produk reka cipta / inovasi baharu serta memberi pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada mereka yang telah mempamerkan peningkatan tahap kemahiran dalam pelbagai bidang.

Pertandingan tahun ini telah disertai oleh 370 penyertaan seluruh Malaysia. Terdapat 2 kategori utama dalam pertandingan iDEA iaitu kategori iDEA’21 ILKBS dan iDEA’21 (Terbuka). Setiap kategori dibahagikan kepada enam (6) bidang iaitu Bidang A: Teknologi Mekanikal (Automotif, Mesin, Peralatan, Proses Pengilangan), Bidang B: Teknologi Elektrik dan Elektronik (Supply, Control, Automation), Bidang C: Teknologi Awam, Alam Sekitar & Teknologi Hijau (Green, Friendly, Safe), Bidang D: Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (Perisian, Perkakasan, Multimedia, Alat Bantuan Pengajaran), Bidang E: Teknologi Makanan (Produk Pastri dan Makanan) dan Bidang F: Teknologi Rekaan Fabrik (Rekaan Masa Hadapan, Rekaan Batik Futuristik).

ADTEC Batu Pahat telah menghantar sebanyak enam penyertaan dalam bidang Teknologi Mekanikal dan Teknologi Elektrik dan Elektronik. Tahniah kepada semua yang bertanding khususnya pasukan inovasi ADTEC Batu Pahat yang telah berjaya membawa pulang pingat.

 

-- Gambar Pingat --