ADTEC Batu Pahat, 14 November 2021
 - ADTEC Batu Pahat berjaya meraih 1 pingat perak dalam Pertandingan International EUREKA Innovation Exhibition 2021 (i-EIE 2021) menerusi projek IOT Mobile Gas Piping Test Rig yang dipertandingkan bagi Kategori Environmental Protection and Renewable Energy. Keputusan rasmi diumumkan dalam satu majlis penutup secara maya yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live UniKL MSI pada 12 November 2021.

Pertandingan i-EIE 2021 dianjurkan oleh Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) untuk kali yang ketujuh pada tahun ini dengan tema "Integrating Resources Towards Smart Infrastructures". Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengetengahkan produk penyelidikan dan inovasi serta menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan peserta dari institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah. i-EIE 2021 adalah penghubung antara institusi pengajian tinggi dan industri untuk berkongsi produk dan idea kreatif mereka yang boleh dikomersialkan.

Pada tahun ini, buat kali pertamanya i-EIE 2021 dilaksanakan secara maya melibatkan 205 penyertaan daripada 6 kategori. Pemenang terbaik bagi setiap kategori akan menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM1,000.00. Penilaian telah dibuat oleh pihak juri secara atas talian bermula pada 5 Ogos sehingga 5 September 2021.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang bertanding khususnya pasukan inovasi ADTEC Batu Pahat yang diketuai oleh En. Mohd Anuwar bin Jusoh yang telah berjaya membawa pulang pingat.

 

-- Gambar  --