ADTEC Batu Pahat, 13 Mac 2022 - Bengkel Asas IoT Menggunakan ESP32 Bersama BLYNK telah diadakan di Makmal Sistem Komputer, Bahagian Teknologi Mekatronik pada 7 hingga 9 Mac 2022. Seramai 10 orang peserta terdiri daripada pengajar-pengajar ADTEC Batu Pahat telah turut serta. Menerusi bengkel tersebut, para peserta didedahkan kepada asas kawalan microcontroller menggunakan ESP32 bagi tujuan IoT. Fokus pembelajaran adalah berpusat kepada aplikasi RFID dan kaedah pengecaman dan pengrekodan di pengkalan data Google Sheet. Bengkel tiga hari yang berakhir semalam dikendalikan oleh syarikat Brilliant Zenith.
-- Gambar Sekitar Kursus --
![]() |
![]() |