msen


ADTEC Batu Pahat, 1 April 2022
-  Bengkel Asas Microcontroller Menggunakan Arduino Uno dan Arduino IDE telah berlangsung pada 27 dan 28 Mac 2022 melibatkan peserta seramai 17 orang. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar semester 4A dari kursus Teknologi Komputer Rangkaian. Bengkel selama dua hari ini dikendalikan oleh En. Abd Rahim bin Kasiman iaitu pengajar pakar daripada Bahagian Teknologi Mekatronik. Menerusi bengkel ini, para peserta didedahkan kepada perkakasan asas kawalan digital output dan digital input, kawalan komponen voltan tinggi dan kawalan motor DC (PWM). Para pelajar juga diberi peluang menjayakan projek mini yang memerlukan mereka untuk mengaturcara robot line following menggunakan konsep yang telah dipelajari.

Tahniah kepada para pelajar yang telah dapat mengikuti bengkel selama dua hari ini dengan jayanya. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari menjadi nilai tambah baharu kepada para pelajar Komputer Rangkaian ADTEC Batu Pahat.

 

-- Gambar Bengkel --