Naib Johan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Kontinjen ADTEC JTM Kampus Batu Pahat yang terdiri daripada 29 orang pelajar telah turut serta dalam Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Daerah Batu Pahat yang berlangsung pada 31 Ogos 2026 di Stadium Batu Pahat.
Lebih membanggakan apabila kontinjen ADTEC JTM Kampus Batu Pahat telah berjaya meraih:
NAIB JOHAN – PERBARISAN TERBAIK
TEMPAT KETIGA – PERTANDINGAN PAKAIAN TERBAIK
Kategori: IPTA / IPTS / Sekolah
Kejayaan ini membuktikan disiplin, semangat berpasukan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam mengharumkan nama ADTEC JTM Kampus Batu Pahat.
Tahniah kepada semua pelajar, jurulatih, pegawai pengiring dan seluruh warga ADTEC JTM Kampus Batu Pahat yang telah memberikan sokongan sehingga kejayaan ini dapat dicapai.