Kursus Asas Robotik

Kursus Asas Robotik

Bahagian Teknologi Mekatronik telah menganjurkan Kursus Asas Robotik untuk pelajar sekolah menengah sempena cuti sekolah tahun 2024. Peserta kursus yang hadir terdiri daripada 21 remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Kursus sehari ini mendedahkan para peserta kepada asas mikro pengawal dan Arduino/Maker Uno Development Board, kawalan asas motor DC, integrasi sensor dengan mobile robot dan mengawal mobile robot dengan penjejak garisan. Peserta dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman iaitu Tuan Ts. Mohd Azri bin Akhiak dan Tuan Ts. Mohd Safit bin Mohd Samsudin dari Bahagian Teknologi Mekatronik.

Related Articles