msen

  

 

Pengenalan


Program Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) (G02) diwujudkan dengan memberi tumpuan kepada teori dan praktikal serta pengurusan dalam bidang Teknologi Komputer Rangkaian pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Pelajar akan didedahkan kepada aktiviti seperti mengkonfigurasi, merekabentuk, mengimplementasi dan menyelenggara sistem rangkaian, kawalan keselamatan dan pengurusan rangkaian. Pelajar juga diberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan sistem rangkaian berdasarkan dengan modul-modul dalam program Cisco sebagai nilai tambah untuk bersaing di pasaran pekerjaan.

 

Syarat Kelayakan


SYARAT AM KEMASUKAN :

1. Warganegara Malaysia
2.  Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan 
4. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

SYARAT KHAS KURSUS :

1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang berikut :

  • IT-030-3/D-051-3/D-050-3: Juruteknik Rangkaian Komputer; atau
  • IT-030-3:2013: Perkhidmatan Rangkaian Komputer.

2. Lulus dalam temuduga yang dijalankan.

 

Kaedah & Tempoh Latihan


1. Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
2. Tempoh latihan ialah 1 Tahun 6 Bulan (2 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri)

 

Yuran Pengajian


1. Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun 
2. Yuran Asrama - RM 616.00 setahun 
3. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)

 

Pinjaman Latihan


Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

 

Persijilan


Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu :

1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
2. Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

 

Persijilan Tambahan : Cisco Networking Academy

 

Peluang Kerjaya


Graduan program Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) berpeluang menceburi kerjaya sebagai

  • Network Administrator
  • Networking Technician
  • Assistant Network Engineer
  • Network Support
  • IT Administrator
  • IT Technician
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional 
  • Lain-lain pekerjaan berkaitan.

 

Struktur Program


Kurikulum Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) (G02) menawarkan kursus-kursus berikut:

Semester 4 Semester 5 Semester 6
  • Server Configuration
  • Computer Network Security Deployment
  • Computer Network Maintenance Management
  • Router and Routing Configuration
  • Open Source Administration
  • Final Year Project 1
  • Server Maintenance Administration
  • Computer System & Network Procurement
  • WAN Technology
  • Final Year Project 2
  •  Latihan Industri

 

Kemudahan/ Fasiliti


Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah :

  • Makmal CCNA
  • Makmal Server
  • Makmal SOHO
  • Makmal VoIP
  • Makmal Security
  • Makmal Rangkaian
  • Makmal Projek Tahun Akhir
  • Bilik Seminar
  • Bilik Tutorial

 

Pengambilan Pelajar


Pengambilan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun (kemasukan sesi Januari dan Julai) 

Sesi Januari:

Sesi Julai:

  • Secara atas talian (online) di laman web Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia http://upu.mohe.gov.my
  • Pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaunter BSN, ATM dan juga SMS Banking.