Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia diamanahkan untuk membekalkan tenaga kerja mahir yang terlatih. Dengan itu kami berjanji:
- Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
- Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya.
- Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa 2 minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil peperiksaan dan persijilan.
- Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit.
Pencapaian Piagam Pelanggan
(1 Mac 2022 hingga 28 April 2022)
Bil | Piagam Pelanggan | Bahagian | Bilangan Diterima | Bilangan Diproses dan Selesai | Peratus Pencapaian |
1 | Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap | Kewangan | 94 | 94 | 100% |
2 | Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja | Pegawai Aduan Pelanggan | 0 | 0 | 100% |
3 | Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10 haribulan berikutnya | Kewangan | 27 | 27 | 100% |
4 | Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam 2 minggu selepas tarikh akhir Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Peperiksaan dan Persijilan | Unit Peperiksaan & Persijilan | 347 (sesi 2/2021) | 347 (sesi 2/2021) | 100% |
5 | Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit | Pentadbiran | 150 | 150 | 100% |