Pengenalan


Melalui program Diploma Teknologi Kimpalan (K01), pelajar akan didedahkan secara teori dan praktikal terhadap proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Teknik kimpalan yang akan dipelajari adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW), Plastic Welding dan pelbagai lagi selaras dengan perkembangan teknologi kimpalan pada masa kini. Pelajar juga akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti kimpalan, pemeriksaan dan pengujian hasil kimpalan, penyeliaan dan pelbagai lagi. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer bagi merancang dan memudahkan kerja-kerja kimpalan supaya lebih sistematik. Di akhir latihan, pelajar juga perlu menjalani latihan industri bagi memperolehi pengalaman kerja sebenar di industri sebelum menamatkan latihan.

 

Syarat Kelayakan


SYARAT AM KEMASUKAN :

1. Warganegara Malaysia
2.  Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan 
4. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

SYARAT KHAS KURSUS :

1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang berikut :

  • H-024-3: Juruteknik Arka Logam Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat); atau
  • H-025-3: Juruteknik Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat & Aluminium); atau
  • MC-024-3:2012 Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam Shielded Metal Arc Welding Process; atau
  • MC-025-3:2012 Proses Kimpalan Gas Logam; atau (e) MC-026-3:2012 Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten; atau
  • MC-027-3:2012 Proses Kimpalan Arka Berteras Logam.

2. Lulus dalam temuduga yang dijalankan.

 

Kaedah & Tempoh Latihan


1. Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
2. Tempoh latihan ialah 1 Tahun 6 Bulan (2 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri)

 

Yuran Pengajian


1. Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun 
2. Yuran Asrama - RM 616.00 setahun 
3. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)

 

Pinjaman Latihan


Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

 

Persijilan


Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu :

1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
2. Diploma Teknologi Kimpalan - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

 

Persijilan Tambahan : CSWIP 

 

Peluang Kerjaya


Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja - kerja struktur pembinaan logam. Selain itu, kerjaya sebagai Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja‐kerja struktur pembinaan logam di sektor industri juga boleh diceburi.

 

Struktur Program


Kurikulum Diploma Teknologi Kimpalan (K01) menawarkan kursus-kursus berikut:

Semester 4 Semester 5 Semester 6
  • CAD Application
  • Welding Metallurgy
  • Workshop Management
  • eEntrepreneurship
  • Safety, Environmental & Health Practice
  • Final Year Project 1
  • Fabrication And Project Management
  • Welding Inspection Procurement
  • Hak Pekerja
  • Final Year Project 2
  •  Latihan Industri

 

Kemudahan/ Fasiliti


Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah :

  • Bengkel Kimpalan
  • Bilik Kuliah
  • Makmal Komputer
  • Makmal NDT

 

Pengambilan Pelajar


Pengambilan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun (kemasukan sesi Januari dan Julai) 

Sesi Januari:

Sesi Julai:

  • Secara atas talian (online) di laman web Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia http://upu.mohe.gov.my
  • Pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaunter BSN, ATM dan juga SMS Banking.