msarenja

 

 

Pengenalan


Program Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (K03) diwujudkan bagi memenuhi keperluan meluas pekerjaan dalam sektor industri pembuatan. Bidang ini menggabungkan latihan dalam bentuk teori dan praktikal yang menekankan kemahiran dalam pengendalian mesin konventional, mesin CNC , perisian CADCAM dan penghasilan jig & fixture. Pelajar akan didedahkan secara mendalam berkaitan penggunaan mesin larik, mesin kisar, mesin canai samada dalam bentuk konventional atau CNC. Pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian CADCAM dan rekabentuk & pembuatan Jig Fixture. Di akhir program, pelajar dijangka akan dapat menguasai kemahiran menghasilkan program CNC,  jig fixture dan komponen-komponen berketepatan tinggi dengan menggunakan mesin-mesin CNC dan perisian CADCAM yang dipelajari.

 

Syarat Kelayakan


SYARAT AM KEMASUKAN :

1. Warganegara Malaysia
2.  Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan 
4. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

SYARAT KHAS KURSUS :

1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang berikut :

  • H-013-3/MC-032-3: Juruteknik CNC; atau
  • H-014-3: Pemesin Kanan Am (Operasi Larik); atau
  • H-015-3: Pemesin Kanan Am (Kisar); atau
  • H-016-3: Pemesin (Operasi Canai); atau
  • MC-050-3: Pemesin Kanan; atau
  • MC-050-3:2012 / MC-050-3:2015: Operasi Pemesinan.

2. Lulus dalam temuduga yang dijalankan.

 

Kaedah & Tempoh Latihan


1. Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
2. Tempoh latihan ialah 1 Tahun 6 Bulan (2 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri)

 

Yuran Pengajian


1. Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun 
2. Yuran Asrama - RM 616.00 setahun 
3. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)

 

Pinjaman Latihan


Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

 

Persijilan


Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu :

1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
2. Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

 

Peluang Kerjaya


Graduan program Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) berpeluang menceburi kerjaya sebagai

  • Penolong Jurutera/Juruteknik Pembuatan
  • Penolong Jurutera/Juruteknik Programmer CNC
  • Penolong Jurutera/Juruteknik Mesin CNC
  • Penolong Jurutera / Juruteknik CADCAM
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional
  • Lain-lain pekerjaan berkaitan.

 

Struktur Program


Kurikulum Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) menawarkan kursus-kursus berikut:

Semester 4 Semester 5 Semester 6
  • Computer Aided Manufacturing (CAM)
  • Quality Control
  • Jig & Fixture
  • Final Year Project 1
  • Product Design & Analysis
  • Manufacturing Management
  • Final Year Project 2
  •  Latihan Industri

 

Kemudahan/ Fasiliti


Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah :

  • Makmal CAD Drafting
  • Makmal CAD/CAM
  • Makmal NX CADCAM Simulation
  • Makmal CMM
  • Makmal Projek
  • Bengkel CNC
  • Bengkel Conventional
  • Bilik Seminar

 

Pengambilan Pelajar


Pengambilan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun (kemasukan sesi Januari dan Julai) 

Sesi Januari:

Sesi Julai:

  • Secara atas talian (online) di laman web Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia http://upu.mohe.gov.my
  • Pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN melalui kaunter BSN, ATM dan juga SMS Banking.