msarenja

Kursus PPK Interfacing, Programming & IOT Application


ADTEC Batu Pahat, 4 April 2021
 - Kursus PPK 2021: Interfacing, Programming & IOT Application Using Siemens S7-1500 dan IOT 2040 Gateway telah berlangsung di ADTEC Batu Pahat melibatkan peserta seramai 10 orang. Para peserta terdiri daripada pengajar-pengajar Jabatan Elektrik ADTEC Batu Pahat. Kursus yang diadakan selama 4 hari ini telah bermula pada 29 Mac 2021 dan berakhir pada 1 April 2021. Pengajar kursus ialah En. Mohd Heidi

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan struktur binaan, asas konfigurasi dan pengaturcaraan PLC Siemens S7-1500 menggunakan perisian TIA Portal. Peserta juga didedahkan dengan konsep asas Internet of Things (IOT) menggunakan perkakasan IOT 2040 Gateway dan kemahiran membangunkan aplikasi sistem automasi berasaskan IOT.

 

-- Gambar Sekitar Kursus --