ADTEC Batu Pahat, 9 Mac 2022
- Seramai 12 orang peserta terdiri daripada pengajar-pengajar ILJTM seluruh Malaysia telah menghadiri kursus PPK Introduction to Corrosion yang diadakan di Bengkel Teknologi Kimpalan ADTEC Batu Pahat pada 8 dan 9 Mac 2022. Kursus selama dua hari ini memberi pengetahuan dan kefahaman kepada para peserta cara kakisan terjadi dan kesannya terhadap alam sekitar termasuk struktur kimpalan dan peralatan, jenis-jenis kakisan dan kaedah untuk mengatasi kakisan. Tenaga pengajar bagi kursus ini ialah En. Nurul Zaman daripada TWI SEA. Tahniah kepada semua peserta kursus. Diharapkan ilmu yang dipelajari dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para peserta dan disampaikan pula kepada pelajar-pelajar.

 

-- Gambar Sekitar Kursus --