Pengenalan


Menghadiri serta menjalani Latihan Industri adalah dianggap sebagai suatu pendedahan yang amat penting dan berguna bagi semua pelajar.Sehubungan dengan itu, para pelajar yang bakal memasuki pasaran pekerjaan, wajar sekali diberi pendedahan awal terhadap beberapa elemen penting yang berkait rapat dengan alam pekerjaan serta teknologi terkini. Pengalaman bekerja melalui pendedahan sebenar suasana di industri sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam menyesuaikan diri apabila menyertai alam pekerjaan kelak.

 

Objektif


Objektif latihan industri yang diwajibkan kepada pelajar semester akhir adalah:

  • Untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung dengan suasana pekerjaan sebenar, etika kerja serta pendedahan kepada teknologi
    terkini yang digunapakai oleh pihak industri.
  • Membolehkan semua kemahiran yang telah para pelajar perolehi dapat digunapakai, disamping menimba pengalaman baru di industri.
  • Memberi peluang kepada pihak industri serta Panel Jawatankuasa Penasihat Teknikal ILJTM untuk membuat penilaian terhadap tahap dan kualiti latihan yang dijalankan seterusnya memberi cadangan untuk menambahkan kurikulum latihan yang dijalankan seterusnya bagi memenuhi keperluan pihak industri agar ianya selari dengan perubahan teknologi.
  • Sebagai salah satu media untuk memperkenalkan ILJTM serta produk ILJTM kepada sektor industri yang berkaitan.
  • Untuk membolehkan para pelajar menimba pengalaman dan pengetahuan melalui penglibatan secara langsung dalam berbagai skop pekerjaan diindustri seperti perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pentadbiran projek.
  • Memberi pendedahan serta pengalaman kepada para pelajar menulis atau membuat laporan teknikal yang lengkap dan teratur.

 

Pegawai Untuk Dirujuk


Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan keperluan tenaga mahir di ADTEC Batu Pahat, sila hubungi pegawai seperti di bawah :

1. Pn. Elmi Yusnita binti Ramli
2. Pn. Dora binti Mahat