msarenja


ADTEC Batu Pahat, 25 November 2021
 - Seramai 6 orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal) ADTEC Batu Pahat telah mengadakan lawatan penanda aras sebanyak dua (2) kali sepanjang bulan November ini. Destinasi lawatan pertama ialah Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Muar, Johor iaitu pada 16 November 2021. Kemudian disusuli dengan lawatan kedua ke Program Teknologi Gas, Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru, Johor pada 23 November 2021. Kedua-dua lawatan ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Latihan ADTEC Batu Pahat, Encik Ismail bin Sukeeman.

Menurut Ketua Bahagian Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal) iaitu Pn. Hjh. Marina binti Sukor, lawatan ini dirancang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pelaksanaan latihan dan pengurusan bengkel di kedua-dua tempat yang dilawati. Beliau juga berharap, menerusi lawatan ini secara tidak langsung dapat mendedahkan barisan pengajar ADTEC Batu Pahat khususnya pengajar dari Bahagian Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal) kepada amalan pengurusan bengkel minyak dan gas serta mendapatkan input-input terkini dan inovatif dalam melaksanakan latihan TVET.

 

-- Gambar Sekitar Lawatan -- 

     


ADTEC Batu Pahat, 2 Ogos 2022
- Seramai 37 orang pegawai dan kakitangan ADTEC Batu Pahat telah menyertai program aplikasi psikologi dalam pembangunan personal (pemantapan kendiri) di bawah tajuk pengurusan kewangan dan penyelesaian hutang yang berlangsung di Dewan Seri Nilam, ADTEC Batu Pahat pada 2 Ogos 2022.

Program dipecahkan kepada 4 sesi. Sesi pertama bermula seawal jam 9.00 pagi dan diisi dengan taklimat psikologi dan kaunseling yang disampaikan oleh Puan Nor Mardhiah binti Mohd Rashid, pengamal psikologi Mental Health Coach yang juga merupakan seorang penulis. Sesi kedua bermula pada jam 11.00 pagi membincangkan topik pengurusan kewangan dan penyelesaian hutang yang disampaikan oleh Puan Siti Aida binti Rahmat, Associate Financial Planner merangkap Founder MindRich Academy. Sesi ketiga pula melibatkan sesi kaunseling berkelompok yang bermula pada jam 12.00 tengahari sebelum disambung semula dengan sesi keempat, dedukasi (booth) pada jam 2.00 petang.

Program anjuran bersama Unit Kaunseling dan BKKL ADTEC Batu Pahat ini mendapat kerjasama daripada agensi pembangunan modal insan, MindRich Academy dan ditaja oleh Zafran Resources Sdn. Bhd, panel agensi Takaful Kerajaan Negeri Johor. Turut serta dalam program semalam ialah Tuan Pengarah ADTEC Batu Pahat, Ts. Hj. Sarman bin Rawan dan Timbalan Pengarah Latihan ADTEC Batu Pahat, En. Ismail bin Sukeeman.

 

-- Gambar Program -- 

     

 


ADTEC Batu Pahat, 10 Februari 2022
- ADTEC Batu Pahat melebarkan rangkaian kerjasama dengan pihak industri dengan mengadakan satu lawatan ke HPI Resources Berhad, Parit Raja, Johor. Delegasi ADTEC Batu Pahat yang diketuai sendiri oleh pengarah Ts. Hj. Sarman bin Hj. Rawan bersama pengurusan atasan berpeluang membincangkan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Di pihak HPI Resources Berhad pula diwakili oleh Encik Zaini bin Md. Yasin (Group General Affair Senior Manager), Mr. Soo Chok Chin (General Manager HBP), Ms. Samantha (Smart Partnership Program), Pn. Sherina (Recuitment) dan Pn Asyikin (Training & Development).

Antara topik perbincangan adalah berkaitan dengan program penajaan pelajar, penempatan latihan industri dan peluang tawaran pekerjaan. Deligasi turut dibawa melawat ke kilang-kilang di bawah HPI Resources Berhad iaitu Harta Packaging Industries Sdn. Bhd., Harta Fleksipak Sdn. Bhd. dan Chinga Light Industries Sdn. Bhd. Semoga kerjasama ini berterusan dan agenda yang dirancang menjadi kenyataan.

 

-- Gambar Lawatan -- 

     


ADTEC Batu Pahat, 10 Februari 2022
- Seramai 10 orang peserta terdiri daripada kakitangan ADTEC Batu Pahat telah menghadiri Kursus in-house Residential Air-Conditioner (RA) Cleaning yang diadakan pada 9 dan 10 Februari 2022 di Bengkel DAIKIN, ADTEC Batu Pahat. Kursus selama dua hari ini memberi pendedahan kepada para peserta kerja-kerja asas servis dan pembersihan sistem penyaman udara. Pengajar yang terlibat mengendalikan kursus ialah En. Mohd Safit bin Mohd Samsudin, pengajar dari Bahagian Teknologi Mekatronik dan En. Mohd Amin Hafiz bin Sulaiman, pengajar dari Bahagian Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal).

 

-- Gambar Kursus -- 

     


ADTEC Batu Pahat, 17 Februari 2022
- Seramai 10 orang peserta telah menghadiri Kursus Basic Metal Arc Welding (GMAW) Process yang diadakan pada 15 dan 16 Februari 2022 di Bengkel Bahagian Teknologi Kimpalan, ADTEC Batu Pahat, baru-baru ini. Kursus selama dua hari ini memberi pendedahan kepada para peserta kerja-kerja asas kimpalan secara teori dan amali. Pengajar yang terlibat mengendalikan kursus merupakan pengajar terlatih dan kompetan selain berpengalaman dalam bidang. 

 

-- Gambar Kursus --