ADTEC Batu Pahat, 8 Mac 2022
- ADTEC Batu Pahat mengukuhkan hubungan kerjasama industri dengan menerima lawatan daripada Fujitsu Components Malaysia Sdn. Bhd. (FCM). Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah ADTEC Batu Pahat Ts. Hj. Sarman bin Hj. Rawan memfokuskan kepada projek pencarian bakat untuk memenuhi keperluan sumber tenaga kerja di FCM. Selain itu, kerjasama lain seperti penempatan latihan industri dan penawaran kursus jangka pendek turut dibincangkan. Delegasi FCM diketuai oleh Hj. Fadzil (Production) bersama En. Amin (Engineering) dan En. Hasif (HR) turut dibawa melawat bengkel latihan bagi melihat sendiri fasiliti dan kemampuan yang dimiliki oleh ADTEC Batu Pahat.

 

-- Gambar Sekitar Lawatan --