msarenja

Majlis Persaraan Kakitangan Secara Maya


ADTEC Batu Pahat, 2 September 2021
 - Majlis persaraan kakitangan ADTEC Batu Pahat iaitu Tn. Hj. Nasir bin Abd. Rashid telah berlangsung petang semalam. Majlis dibuat secara maya bagi meraikan Tn. Hj. Nasir yang memilih untuk bersara pilihan pada umur beliau 57 tahun setelah 36 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam. Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan ADTEC Batu Pahat secara atas talian. Acara majlis dimulai dengan bacaan doa untuk mendapat keberkatan dan diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada Timbalan Pengarah Latihan dan Timbalan Pengarah Operasi ADTEC Batu Pahat. Majlis kemudiannya disusuli dengan ucapan perpisahan daripada Tn. Hj. Nasir, acara memotong kek, penyampaian sijil dan hadiah, tayangan video, gimik persaraan dan diakhiri dengan aktiviti bergambar beramai-ramai secara atas talian.

Tn. Hj. Nasir yang menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV38 mula berkhidmat di ADTEC Batu Pahat pada awal tahun 2002. Sebelum daripada itu, beliau pernah bertugas di Ciast, Shah Alam pada tahun 1985 sehingga 2001. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau di atas segala jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam khususnya sepanjang bertugas di ADTEC Batu Pahat. 

 

-- Gambar Sekitar Majlis --