ADTEC Batu Pahat, 4 Mac 2022
- Perbincangan antara ADTEC Batu Pahat dan pihak pengurusan Ciast sempena lawatan delegasi Ciast ke Kampus Satelit Ciast (CSC-ADTEC Batu Pahat) semalam. Delegasi Ciast seramai 4 orang diketuai oleh En. Jamil bin Yahya iaitu Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Ciast. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Operasi ADTEC Batu Pahat, Pn Nor Azlina binti Ismail bagi membincangkan hala tuju dan kerjasama antara kedua-dua pihak. Semoga kerjasama yang telah sedia terjalin dapat dipertingkatkan dan akan terus memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

 

-- Gambar Sekitar Perbincangan --